8 February 2025 02:53:15 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040

Harap maaf. Kandungan bagi halaman ini sedang dikemaskini.

Perbezaan Bentuk Dan Kandungan

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020
(Diwartakan Pada Tahun 2018)

Bentuk & Kandungan

JILID 1 : 8 HALA TUJU

  • Bandar Raya Perniagaan Bertaraf Dunia yang Dinamik
  • Guna Tanah Mampan
  • Persekitaran kehidupan Bandar Raya
  • Melindungi & Mempertingkatkan Alam Sekitar
  • Mempertingkatkan Lingkaran Hijau & Koridor Biru
  • Imej & Identiti Tersendiri
  • Infrastruktur Hijau
  • 24 HALA TUJU STRATEGIK
  • 73 INISIATIF UTAMA

JILID 2 : KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Zon Guna Tanah
  • Intensiti Pembangunan
  • Lapisan Kawalan Perancangan
  • Pengezonan Guna Tanah & Intensiti

Kaedah Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2018

Draf Pelan Tempatan
Kuala Lumpur 2040

Bentuk & Kandungan

JILID 1 : MENGURUS PERANCANGAN BANDAR
(Managing City Planning)

  • Kerangka Strategik Kuala Lumpur 2040;
  • Kawalan Pembangunan;
  • Peta Zon Guna Tanah dan Intensiti;
  • Kelas Kegunaan Tanah & Bangunan; dan
  • Insentif Perancangan

JILID 2 : MENGALAKKAN PEMBANGUNAN BANDAR
(Promoting City Development)

Terjemahan dan penyelarasan dasar PSKL2040 dan agenda pembangunan ke dalam bentuk berikut:

  1. Strategi Perancangan
  2. Cadangan Pelaksanaan
  3. Inisiatif Pelaksanaan

6 Matlamat Pembangunan berdasarkan Strategi PSKL 2040:

  1. Kuala Lumpur Bandar Inovatif dan Produktif
  2. Kuala Lumpur Bandar Inklusif dan Saksama
  3. Kuala Lumpur Bandar Raya Hijau, Sihat dan Vibran
  4. Kuala Lumpur Bandar Raya Pintar Iklim dan Rendah Karbon
  5. Kuala Lumpur Bandar Raya Mobiliti Cekap dan Mesra Alam
  6. Kuala Lumpur Bandar Raya Pembangunan Bersepadu dan Mampan

Proses Rundingan
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur
(PTKL2040)

Konsep Dan Strategi Pembangunan Draf PTKL2040

  1. Menawarkan bentuk pembangunan bertaraf antarabangsa, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan bangunan Kelas A bagi menarik pelaburan bernilai tinggi.
  2. Strategi pembangunan di zon ini adalah secara infill dan pembaharuan bandar serta pelaksanaan pembangunan semula kawasan.
  3. Penekanan kepada peningkatan dan penambahbaikan infrastruktur, ruang awam dan sistem pengangkutan aktif.
  4. Memiliki 44 stesen transit dan 31 kawasan pembangunan semula.
  1. Merupakan kawasan perkhidmatan dan petempatan utama di Kuala Lumpur.
  2. Strategi pembangunan di kawasan ini adalah menggalakkan pembangunan bercampur dan berintensiti tinggi terutama di kawasan transit.
  3. Menggalakkan penyusunan semula hierarki dan penambahbaikan kawasan perumahan awam, kemudahan awam dan sosial.
  4. Daya tampung di kawasan ini dijangka bertambah dengan perkhidmatan MRT3.
  5. Memiliki 33 stesen transit dan 35 kawasan pembangunan semula.
  1. Merupakan kawasan ‘sub urban centre’ di Kuala Lumpur.
  2. Strategi pembangunan di kawasan ini adalah menggalakkan perumahan mampu milik di kawasan transit yang disokong oleh kemudahan awam yang mencukupi dan berkualiti bagi meningkatkan aksesibiliti.
  3. Kawasan ini akan menjadi fokus kepada pusat perkhidmatan tempatan dan aktiviti – aktiviti industri yang tidak tercemar.
  4. Memiliki 26 stesen transit dan 72 kawasan pembangunan semula.

Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040

Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 merupakan suatu pelan yang termaktub dari segi perundangan untuk digunapakai oleh Datuk Bandar bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur.

Penyediaannya selaras dengan Matlamat, Hala Tuju Strategik dan Tindakan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.

Ianya juga terdapat di dalam 2 jenis jilid iaitu :

Jilid 1 : Mengurus Perancangan Bandar

Mempunyai 3 Bahagian :

  • Jilid 1 : Bahagian 1 (Kawalan Pembangunan)
  • Jilid 1 : Bahagian 2, Peta Zon Guna Tanah dan Intensiti (KLDCP2024)
  • Jilid 1 : Bahagian 3, Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan 2024 (CULB2024)

 

Mengandungi aspek kawalan perancangan meliputi Zon Guna Tanah, Intensiti Pembangunan, Lapisan Kawasan Perancangan dan Insentif Pembangunan.

Menetapkan aktiviti yang dibenarkan, tidak dibenarkan dan dibenarkan dengan syarat bagi setiap zon guna tanah mengikut setiap lot tanah.

Jilid 2 : Menggalakan Pembangunan Bandar

Merupakan terjemahan PSKL2040 dalam bentuk Strategi Pembangunan, Cadangan Pelaksanaan dan Inisiatif Pelaksanaan yang merangkumi projek, program, kawalan pembangunan, garispanduan dan urus tadbir pembangunan untuk Bandar Raya Kuala Lumpur menjelang tahun 2040.

Jilid 1 : Mengurus Perancangan Bandar

Jilid 1 : Bahagian 1, Kawalan Pembangunan

Zon Guna Tanah

  • Zon guna tanah PBRKL2020

  • Addendum PBRKL2020

  • Perubahan 1, 2, 3 dan 4 PBRKL2020

  • Kelulusan Pemberimilikan tanah oleh JKTWP atau Pengeluaran Hak Milik Tanah dan Syarat Nyata Tanah

  • Trend Kelulusan Pembangunan Sekitar

  • Status Terkini Perancangan Tanah-tanah Kerajaan, Tanah Datuk Bandar dan Keputusan Daripada Mesyuarat JKTWP

  • Perancangan Semula Kawasan Kampung Tradisi, Kampung-kampung dan Kawasan Rizab Melayu

  • Perancangan Semula Kawasan Industri

  • Perancangan semula Zon Guna Tanah Kediaman Stabil (EH)

  • Pengesahan Tapak Kemudahan Masyarakat, Institut, Kawasan Lapang, Infrastruktur dan Utiliti dalam Sesi TWG

  • Perancangan Pembangunan di Sekitar Infrastruktur Baharu Termasuk MRT3

  • Penyelarasan Peta Asas

DRAFT PTKL2040

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar - Zon Guna Tanah - 2 - Icon 1
0

Klasifikasi Guna Tanah Utama

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar - Zon Guna Tanah - 2 - Icon 2
0

Zon Guna Tanah

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar - Zon Guna Tanah - 2 - Icon 3
0

Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan

Klasifikasi Guna Tanah Utama
Zon Guna Tanah
Perdagangan
Perdagangan Pusat Bandar Raya (CCC)
Perdagangan Utama (MC)
Perdagangan (C)
Perdagangan Tempatan (LC)
Pembangunan bercampur
Pembangunan Bercampur (MX)
Kediaman
Kediaman 1 (R1)
Kediaman 2 (R2)
Kediaman 3 (R3)
Kediaman 4 (R4)
Perkampungan Tradisi 1 (TV1)
Perkampungan Tradisi 2 (TV2)
Perumahan Stabil (EH)
Industri
Industri (IP)
Taman Teknologi (TP)
Industri Bercampur (MXI)
Kemudahan Masyarakat
Kemudahan Masyarakat Awam (PF1)
Kemudahan Masyarakat Swasta (PF2)
Perkuburan dan Pengurusan Mayat
Tanah Perkuburan dan pengurusan Mayat (CE)
Infrastruktur dan Utiliti
Infrastruktur dan Utiliti (IU)
Kawasan Lapang
Kawasan Lapang Awam 1 (OS1)
Kawasan Lapang Awam 2 (OS2)
Kawasan Lapang Swasta (OS3)
Hutan (FR)
Pengangkutan
Pengangkutan (TR)

Nota :

Zon baharu merujuk kepada R4, PF2 dan TV2. Manakala, OS2 dipinda kepada OS3. Kini, OS2, memfokus kepada kawasan lapang awam pasif.

Intensiti Pembangunan

Kawalan Nisbah Plot

Kawalan Nisbah Plot bagi bangunan kediaman, perdagangan, pembangunan bercampur, institusi dan industri

2 Bentuk Kawalan Perancangan Intensiti Pembangunan Draf PTKL2040

Kawalan Ketinggian

Kawalan Ketinggian bagi bangunan teres perdagangan dan kediaman berintensiti rendah

Draf PTKL2040 mengguna pakai kawalan nisbah plot dan kawalan ketinggian bangunan untuk menggantikan penggunaan kawalan kepadatan di Kuala Lumpur. Fleksibiliti pemakaian kawalan kepadatan hanya bagi unit bersaiz besar (1,600 kp).

Perdagangan dan pembangunan Bercampur

Zon Guna Tanah
Nisbah Plot Asas
Kawalan Ketinggian
Perdagangan Pusat Bandar Raya (CCC)
Sehingga 1:10
1. Ketinggian bangunan 7 sehingga 14 tingkat.
2. Ketinggian bangunan sehingga 7 tingkat di Zon Warisan Sekunder, bangunan rumah kedai, tapak infill dan pembangunan semula lot, kawasan warisan dengan pengekalan karakter khas, Jalan Doraisamy dan Jalan Kamunting.
Perdagangan Utama (MC)
Sehingga 1:8
1. Ketinggian bangunan sehingga 14 tingkat di Pusat Bandar Raya.
2. Ketinggian bangunan sehingga 10 tingkat di Zon Karakter Khas.
3. Ketinggian bangunan sehingga 8 tingkat di luar Pusat Bandar Raya.
4. Ketinggian bangunan sehingga 7 tingkat di Zon Warisan Sekunder dan Zon Karakter Khas, bangunan rumah kedai, tapak infill dan pembangunan semula lot dalam kawasan zon warisan.
5. Ketinggian bangunan sehingga 3 tingkat terhad kawasan bangunan hadapan Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.
Perdagangan (C)
Sehingga 1:8
1. Ketinggian bangunan sehingga 10 tingkat bagi kawasan zon warisan di jalan Bukit Candan Off Jalan Ipoh.
2. Ketinggian bangunan sehingga 6 tingkat dan perlu mengekalkan fakad asal bangunan jika ia melibatkan bangunan lama berkepentingan warisan.
3. Ketinggian bangunan sehingga 3 tingkat terhad kepada kawasan bangunan di Jalan Suasa, Jalan Suasa 3, 4 dan 5, Pekan Sungai Besi.
4. Ketinggian bangunan di luar pusat bandar di antara 2 hingga 6 tingkat (kecuali Lot 25-29 dan Lot 33-39).
Perdagangan Tempatan (LC)
Sehingga 1:2
1. Ketinggian bangunan sehingga 4 tingkat.
Pembangunan Bercampur (MX)
Sehingga 1:8

Nota : 

Penetapan nisbah plot sebenar adalah tertakluk kepada setiap plot yang perlu merujuk kepada DCP2 – peta Intensiti, walaupun Draf PTKL2040 menyatakan nisbah plot asas maksimum bagi zon guna tanah tertentu antaranya sehingga 10 bagi CCC, sehingga 4 bagi R3, sehingga 4 bagi industri dan sebagainya.

Industri

Zon Guna Tanah
Nisbah Plot Asas
Kawalan Ketinggian
Industri (IP)
Sehingga 1:4
-
Industri Bercampur (MXI)
Sehingga 1:4
-
Taman Teknologi (TP)
Sehingga 1:3
-

Kediaman, Perkampungan Tradisi dan Institusi

Zon Guna Tanah
Nisbah Plot Asas
Kawalan Ketinggian
Kediaman 1 (R1)
-
1. Ketinggian bangunan tidak melebihi ketinggian 3 tingkat termasuk strata bertanah dengan ketinggian 4 aras berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
Kediaman 2 (R2)
Sehingga 1:2.5
-
Kediaman 3 (R3)
Sehingga 1:4
-
Kediaman 4 (R4)
Sehingga 1:6
-
Perkampungan Tradisi 1 (TV1)
-
1. Ketinggian bangunan sehingga 3 tingkat dan karakter reka bentuk bercirikan tradisi rumah Melayu.
Perkampungan Tradisi 2 (TV2)
Sehingga 1:2
-
Kediaman Stabil (EH)
-
1. Ketinggian bangunan sehingga 3 tingkat dan tiada perubahan ketara dari aspek karakter dan fakad.
Institusi (INT)
Sehingga 1:4
-

Lapisan Kawalan Perancangan

Tujuan Lapisan Kawalan Perancangan

  • Memberi nilai tambah dari aspek pembangunan
  • Memastikan nilai-nilai dan ciri-ciri istimewa dipelihara
  • Memberi fleksibiliti kepada perancangan pembangunan
  • Memastikan imej dan karater dikekalkan
  • Memastikan pembangunan yang dinamik dengan nilai pasaran

7 Lapisan Kawalan Perancangan Meliputi

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Nisbah Plot Pelan Susn Atur

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Koridor Tepian Sungai, Tasik dan Kolam

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Kawasan atau Bangunan Warisan

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Zon Kawalan Ketinggian Sekitar Istana Negara

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Garisan Visual Ke Arah Mercu tanda

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Kawasan Lapang Awam Dalam Skim Persendirian (OS4)

  • Lapisan Kawalan Perancangan bagi Rumah Mampu Milik (RMM)

Insentif Nisbah Plot

4 Insentif Nisbah Plot

  • Zon Perancangan Transit (TPZ)

  • Cantuman Lot

  • Pembangunan semula

  • Pembangunan dengan Komponen Mampu Milik

Tujuan Insentif Nisbah Plot

  • Menaiktaraf kawasan usang /rundown kepada pembangunan yang lebih berkualiti dan berdaya huni.

  • Menggalakkan pembangunan yang boleh memberi nilai tambah dan menyumbang ke arah peningkatan kualiti persekitaran alam bina dan kemampanan bandar.

  • Menggalakkan penyediaan infrastruktur dan utiliti yang lebih selesa.

  • Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

  • Meningkatkan penyediaan rumah mampu milik.

Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan 2024 (CULB2024)

  • Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan Draf PTKL2040

    Kawalan pembangunan yang dikenakan bagi setiap zon guna tanah dan kawasan yang dikenalpasti (kawasan tertentu atau kampung) untuk menjalankan aktiviti berkaitan atau bersesuaian serta perancangan yang ditetapkan bagi menyokong kegunaan utama setiap zon guna tanah.

DRAFT PTKL2040

Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan 2024 (CULB2024) Draf PTKL2040

Jadual Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan Umum (CULB Umum)

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar Zon Guna Tanah - 7 - Icon - 1
0

(CULB Umum)

Jadual Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan Khas (CULB Khas)

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar Zon Guna Tanah - 7 - Icon - 2
0

(CULB Khas Kawasan)

Jilid 1 - Mengurus Perancangan Bandar Zon Guna Tanah - 7 - Icon - 3
0

(CULB Khas Kampung)

CULB Umum

Tujuan Penentuan CULB Umum

  • Menetapkan kawalan pembangunan bagi 25 zon guna tanah.

  • Mengenal pasti dan menggariskan jenis aktiviti berkaitan yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan maksud zon guna tanah tersebut.

  • Menggariskan kawalan-kawalan bersesuaian yang terdiri daripada aspek lokasi, kapasiti, aksesibiliti dan implikasi sosial dan persekitaran.

  • Merangkumi perincian aktiviti yang Dibenarkan, Dibenarkan dengan Syarat dan Tidak Dibenarkan berserta dengan syarat-syarat perancangan yang dikenakan.

CULB Khas

Tujuan Penentuan CULB Khas

  • Membenarkan aktiviti bersesuaian yang tidak dibenarkan dalam CULB Umum untuk dipertimbangkan.

  • Membolehkan aktiviti semasa yang bersesuaian di tapak dijalankan tanpa menimbulkan isu kepada penduduk atau kawasan sekitar.

  • Memastikan aktiviti tukar guna bangunan tidak menjejaskan tipologi bangunan yang ketara serta mengawal kapasiti pembangunan.

  • Mewujudkan kawalan terhadap kawasan yang mempunyai bentuk aktiviti baharu kerana aktiviti semasa di tapak tidak lagi bersesuaian.

Jilid 2 : Menggalakkan Pembangunan Bandar

6 Matlamat Draf PTKL2040

Matlamat 6

Memperkasakan pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bersepadu dan mampan.

Matlamat 5

Menumpukan pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya mobiliti cekap dan mesra alam.

Matlamat 4

Memperkukuh pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pintar iklim dan rendah karbon.

Matlamat 1

Menggalakkan pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya inovatif dan produktif.

Matlamat 2

Menumpukan pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya inklusif, saksama dan berdaya huni.

Matlamat 3

Memperkukuh pembangunan persekitaran Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau, sihat dan vibrant. 

Kerangka Utama Draf PTKL2040 – Jilid 2

6 Matlamat Pembangunan Draf PTKL2040 Berdasarkan Strategi PSKL2040

PSKL2040

M1 : Inovatif Dan Kreatif
M2 : Inklusif, Saksama dan Berdaya Huni
M3 : Hijau, Sihat dan Vibrant
M4 : Pintar Iklim Dan Rendah Karbon
M5 : Mobiliti Cekap Dan Mesra Alam
M6 : Pembangunan Bersepadu Dan Mampan
Matlamat
Matlamat 1 : Kuala Lumpur Bandar Raya Inovatif Dan Produktif
Matlamat 2 : Kuala Lumpur Bandar Raya Inklusif, Saksama Dan Berdaya Huni
Matlamat 3 : Kuala Lumpur Bandar Raya Hijau, Sihat Dan Vibrant
Matlamat 4 : Kuala Lumpur Bandar Raya Pintar Iklim Dan Rendah Karbon
Matlamat 5 : Kuala Lumpur Sebagai Sebuah Bandar Raya Mobiliti Cekap Dan Mesra Alam
Matlamat 6 : Kuala Lumpur Pembangunan Bersepadu Dan Mampan
6 Matlamat
Hala Tuju Strategik
3
2
4
4
3
5
21 Tindakan
Tindakan
13
9
12
14
10
15
73 Tindakan

Draf PTKL2040

M1 : Inovatif Dan Kreatif
M2 : Inklusif, Saksama dan Berdaya Huni
M3 : Hijau, Sihat dan Vibrant
M4 : Pintar Iklim Dan Rendah Karbon
M5 : Mobiliti Cekap Dan Mesra Alam
M6 : Pembangunan Bersepadu Dan Mampan
Matlamat
Matlamat 1 : Menggalakan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Inovatif Dan Produktif
Matlamat 2 : Menumpukan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Inklusif, Saksama Dan Berdaya Huni
Matlamat 3 : Memperkukuh Pembangunan Persekitaran Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Hijau, Sihat Dan Vibrant
Matlamat 4 : Memperkukuh Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Pintar Iklim Dan Rendah Karbon
Matlamat 5 : Menumpukan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Mobiliti Cekap Dan Mesra Alam
Matlamat 6 : Memperkasakan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Pembangunan Bersepadu Dan Mampan
6 Matlamat
Strategi Perancangan
6
6
9
7
3
8
39 Strategi Perancangan
Cadangan Pelaksanaan
23
9
22
35
11
17
107 Cadangan Pelaksanaan
Inisiatif Pelaksanaan
27
25
46
40
22
38
198 Inisiatif Pelaksanaan

Kerangka Utama Draf PTKL2040 - Jilid 2

 Matlamat 1    - Menggalakan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Inovatif Dan Produktif

Fokus Matlamat 1

Merangka strategi berkaitan aspek kewangan, perkhidmatan dan perniagaan, aspek penjenamaan pelancongan bandar, aspek pemerkasaan daerah kreatif dan kebudayaan, aspek transformasi perindustrian dan revolusi industri 4.0 (4IR), aspek keusahawanan termasuklah sektor informal dan aspek penjanaan semula kawasan perdagangan.

  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Inovatif

  • Penggunaan dan penerapan elemen bandar pintar;
  • Peningkatan kualiti persekitaran yang kondusif;
  • Penyediaan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) awam dan swasta;
  • Peningkatan penyediaan infrastruktur teknologi baharu; dan
  • Pemodenan infrastruktur pembuatan.
  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Produktif

  • Pengupayaan menarik pelaburan domestik dan antarabangsa;
  • Penjanaan aktiviti ekonomi bernilai tinggi;
  • Pengurusan kemahiran dan tenaga kerja mahir;
  • Pembangunan teknologi untuk ekonomi digital;
  • Pelaksanaan pelancongan mampan; dan
  • Pemodenan rangkaian pengangkutan yang efisien.

6 Strategi Perancangan (SP), 23 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 27 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 1-1

Mempelbagaikan Aktiviti Kewangan Dan Perkhidmatan Perniagaan Di Kuala Lumpur

CP

5

IP

5

SP 1-2

Menjenamakan Kuala Lumpur Sebagai Destinasi Pelancongan Bandar Dengan Aktiviti Pelancongan Mampan

CP

5

IP

5

SP 1-3

Memperkukuh Bandar
Budaya Dan Kreatif

CP

1

IP

1

SP 1-4

Membangunkan Kluster Perindustrian Berasaskan Teknologi Bersih Dan Transformasi Revolusi Industri 4.0 (4ir)

CP

8

IP

11

SP 1-5

Memacu Pembangunan Keusahawan Bagi Pertumbuhan Ekonomi Bandar

CP

3

IP

4

SP 1-6

Menjana Semula Kawasan Perdagangan Sedia Ada Sebagai Ruang Niaga Yang Vibrant, Menarik Dan Kondusif

CP

1

IP

1

 Matlamat 2    - Menumpukan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Inklusif Dan Saksama Dan Berdaya Huni

Fokus Matlamat 2

Merangka strategi berkaitan aspek perancangan komponen Kediaman dan Kemudahan Masyarakat. Penyediaan perumahan yang pelbagai seperti perumahan mikro, bersaiz kecil, warga emas, transit, warga asing, penginapan pekerja, perumahan awam/PPR serta gelandangan perlu diselaraskan dalam memastikan penetapan zon guna tanah dan kelas kegunaan Draf PTKL2040 tidak akan menimbulkan konflik semasa pemakaianya kelak. Penekanan turut diberikan terhadap keperluan penjanaan semula kawasan perumahan lama serta kawasan perumahan stabil serta merangka langkah-langkah kearah penyediaan, pembaharuan dan penggunaan komponen kemudahan masyarakat secara lebih berintegrasi dan optimum.  

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Inklusif

  • Penawaran perumahan yang pelbagai pilihan dengan mengambil kira profil penduduk;
  • Penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi;
  • Penyediaan kemudahan masyarakat secara bersepadu, mencukupi serta berkualiti; dan
  • Penerapan elemen Bandar Selamat di kawasan kejiranan.

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Saksama

  • Penambahbaikan kawasan perumahan yang lama;
  • Pewujudan kualiti persekitaran kediaman yang kondusif;
  • Penyediaan hab komuniti untuk kemudahan penduduk setempat;dan
  • Penggunaan aplikasi teknologi digital dalam komuniti.

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Berdaya Huni

  • Pewujudan kualiti persekitaran mampan dan selamat;
  • Penyediaan infrastruktur asas yang berkualiti;
  • Pembentukan komuniti yang sejahtera; dan
  • Pembentukan tadbir urus bandar yang efisien.

6 Strategi Perancangan (SP), 9 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 25 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 2-1

Menawarkan Perumahan Pelbagai Pilihan Bagi Memenuhi Keperluan Penduduk

CP

1

IP

5

SP 2-2

Menyediakan Perumahan Mampu Milik Yang Berkualiti Dan Kondusif

CP

2

IP

3

SP 2-3

Menangani Keperluan
Gelandangan

CP

1

IP

3

SP 2-4

Menambah Baik Kawasan Kediaman Stabil Yang Lama

CP

1

IP

2

SP 2-5

Menyediakan Kemudahan Masyarakat Yang Mencukupi, Berkualiti Dan Bersepadu

CP

3

IP

10

SP 2-6

Menyediakan Kemudahan Awam Dan Hab Komuniti Yang Bersepadu

CP

1

IP

2

 Matlamat 3    - Memperkukuh Pembangunan Persekitaran Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Hijau, Sihat Dan Vibrant

Fokus Matlamat 3

Merangka strategi berkaitan aspek kehijauan dan alam semula jadi antaranya pengurusan aset biodiversiti, mempelbagai koridor hijau dan biru, merangka pengukuhan tanah lapang, mencadangkan jaringan penghubung taman serta memstikan pelaksanaan jejak warisan
Kuala Lumpur

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Hijau

  • Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumberjaya semula jadi;
  • Peningkatan kualiti alam sekitar;
  • Pengurangan impak aktiviti perbandaran ke atas alam sekitar;
  • Peningkatan persekitaran hijau menerusi penambahan tanah lapang yang berkesinambungan;
  • Penglibatan komuniti melalui aktiviti dan program penghijauan bandar.

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Sihat

  • Perancangan persekitaran perbandaran yang menyeluruh sistematik dan selamat;
  • Penyediaan kemudahan awam yang mempromosikan bandar raya sihat;
  • Penyediaan akses untuk semua lapisan masyarakat kepada kemudahan awam yang disediakan; dan
  • Peningkatan gaya hidup melalui perancangan aktiviti sosial, fizikal dan budaya yang aktif.

Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Vibrant

  • Penerapan nilai setempat (genius-loci) kepada konsep reka bentuk;
  • Penjenamaan semula imej, karakter dan identiti bandar raya Kuala Lumpur;
  • Pewujudan ruang tumpuan awam dengan kemudahan yang bersesuaian; dan
  • Perancangan aktiviti kebudayaan, kesenian dan warisan.

9 Strategi Perancangan (SP), 22 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 46 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 3-1

Mengurus Aset Biodiversiti
Kuala Lumpur

CP

3

IP

10

SP 3-2

Mempelbagaikan Fungsi Koridor Hijau Dan Koridor Biru

CP

2

IP

5

SP 3-3

Melaksanakan Densiti Hijau
Kuala Lumpur

CP

2

IP

4

SP 3-4

Mempelbagai Fungsi Taman Dan Tanah Lapang

CP

3

IP

7

SP 3-5

Memperkukuhkan Ruang Bandar Bagi Aktiviti Aktif Dan Kreatif

CP

4

IP

4

SP 3-6

Membangunkan Rangkaian Penghubung Taman

CP

2

IP

4

SP 3-7

Menghubungkan Pusat Aktiviti Utama Bandar

CP

1

IP

1

SP 3-8

Melaksanakan Jejak Warisan
Kuala Lumpur

CP

3

IP

6

SP 3-9

Mengukuhkan Tadbir Urus Hijau

CP

2

IP

5

 Matlamat 4    - Memperkukuh Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Pintar Iklim Dan Rendah Karbon

Fokus Matlamat 4

Merangka strategi berkaitan aspek pengurusan risiko bencana, sumber yang cekap dan meminimakan kesan perubahan iklim ke atas perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur. Aspek yang diberikan perhatian antaranya keperluan pengurusan data berkaitan bencana, pelaksanaan pelan tindakan adaptasi dan daya tahan perubahan iklim, penyelarasaan teknologi baharu dalam perancangan, pengurusan sisa pepejal secara bersepadu dan mampan, pemerkasaan pengurusan bekalan air, pembentungan dan saliran serta galakkan pembangunan rendah karbon bagi Kuala Lumpur menjelang 2040 

  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Pintar Iklim

  • Penerapan elemen aplikasi teknologi secara menyeluruh;
  • Peningkatan kualiti persekitaran yang kondusif, lestari dan berdaya tahan;
  • Pengukuhan kerjasama strategik antara pelbagai agensi dan komuniti setempat; dan
  • Pembentukan masyarakat yang peka iklim dan berdaya tahan.
  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Rendah Karbon

  • Penekanan aplikasi sistem tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui;
  • Pengukuhan bangunan cekap tenaga rendah karbon;
  • Penggunaan pengangkutan hijau;
  • Penekanan kepada pengurusan sisa mampan; dan
  • Peningkatan kesedaran dan pendidikan berkaitan rendah karbon dan perubahan iklim.

7 Strategi Perancangan (SP), 25 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 40 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 4-1

Melaksanakan Pelan Tindakan Adaptasi Dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim Dan Pelan Pengurusan Risiko Bencana

CP

6

IP

12

SP 4-2

Meluaskan Pemakaian Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui

 

CP

1

IP

2

SP 4-3

Memperkukuhkan Sistem Cekap Tenaga



CP

2

IP

4

SP 4-4

Melaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu Dan Mampan

CP

5

IP

9

SP 4-5

Mempertingkatkan Kecekapan Pengurusan Air Dan Pembentungan

CP

5

IP

6

SP 4-6

Memperkasa Sistem Saliran Mampan

CP

1

IP

1

SP 4-7

Menggalakkan Pembangunan Rendah Karbon

CP

5

IP

6

 Matlamat 5    - Menumpukan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Mobiliti Cekap Dan Mesra Alam

Fokus Matlamat 5

Merangka strategi berkaitan penyediaan kepelbagaian pengangkutan awam, galakkan penggunaan mobiliti aktif dan menguruskan penggunaan lalu lintas dengan efektif melalui pengurusan trafik yang berkesan serta pengenalpastian keperluan penghubung bagi melengkapkan sistem jalan raya Kuala Lumpur 

  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Pintar Mobiliti Cekap

  • Pembangunan sistem pengangkutan yang menyeluruh dan bersepadu;
  • Penggunaan pengangkutan awam yang memenuhi permintaan pengguna dan bersifat inklusif;
  • Pengukuhan rangkaian rel dan jalan raya;
  • Penambahbaikan tahap kemudahsampaian bagi stesen transit dan rangkaian jalan raya; dan
  • Penggunaan teknologi bagi pemantauan trafik dalam bandar.
  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Mobiliti Mesra Alam

  • Peningkatan penggunaan mobiliti aktif dan kenderaan mikromobiliti;
  • Pengurangan kebergantungan kepada kenderaan persendirian;
  • Penyelarasan caj penggunaan pengangkutan awam melalui sistem bersepadu;
  • Peningkatan penggunaan kenderaan hijau dalam kawasan bandar; dan
  • Prioriti penggunaan ruang jalan raya kepada pengguna jalan kaki dan basikal.

3 Strategi Perancangan (SP), 11 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 22 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 5-1

Menyediakan Rangkaian Pengangkutan Awam Dengan Penyediaan Transit Pelbagai Pilihan

CP

5

IP

10

SP 5-2

Menggalakan Mod Mobiliti Aktif Dengan Peningkatan Kemudahsampaian Dan Keselamatan

CP

3

IP

5

SP 5-3

Mengurus Lalu Lintas Dengan Efektif


CP

3

IP

7

 Matlamat 6    - Memperkasakan Pembangunan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Pembangunan Bersepadu Dan Mampan

Fokus Matlamat 6

Merangka strategi berkaitan keperluan penyelarasaan perancangan tanah yang efektif dan optimum termasuklah pengukuhan zon guna tanah dan intensiti pembangunan, pengukuhan pusat-pusat pertumbuhan, pengintegrasian perancangan inovatif antaranya pembangunan infill, pembaharuan semula bandar, pembangunan berorentasikan transit, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan serta pemerkasaan perancangan perkampungan di Kuala Lumpur 

  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Bersepadu

  • Penekanan pada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD);
  • Pengukuhan Pusat Pertumbuhan Secara Bersepadu;
  • Perkongsian Ruang dengan Pelbagai Aktiviti;
  • Pemuliharaan Bandar dan Bangunan Lama; dan
  • Pengintegrasian Pembangunan Kampung dalam Perancangan Bandar.
  • Kriteria Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Mampan

  • Penggunaan Tanah dan Ruang yang Optimum;
  • Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar;
  • Penjanaan Kualiti Persekitaran yang Kondusif;
  • Pemuliharaan Aset Warisan; dan
  • Pengurusan Pembangunan Kawasan Khas.

8 Strategi Perancangan (SP), 17 Cadangan Pelaksanaan (CP) dan 38 Inisiatif Pelaksanaan (IP)

SP 6-1

Merancang Dan Menyelaras Pembangunan Tanah Yang Efektif

CP

3

IP

7

SP 6-2

Memperkukuhkan Hierarki Pusat Pertumbuhan Bandar

CP

1

IP

2

SP 6-3

Menggalakkan Pembangunan Secara Infill

CP

1

IP

2

SP 6-4

Mengukuhkan Perancangan Pembangunan Semula Melalui Konsep Bandar Mampan

CP

1

IP

4

SP 6-5

Menggalakkan Semula Fungsi Bandar Melalui Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bangunan Lama

CP

4

IP

12

SP 6-6

Mengintegrasikan Pengangkutan Rel Dan Pembangunan Spatial

CP

2

IP

5

SP 6-7

Mengawal Selia Pembangunan Di Zon Pengurusan Kawasan Khas (Pkk)

CP

1

IP

3

SP 6-8

Merancang Pembangunan Yang Berkualiti Di Kampung Tradisi Dan Kampung Biasa

CP

4

IP

4

Dokumen Digital Draf PTKL2040

DPTKL2040 Jilid 1 (Bahagian 1)
DPTKL2040 Jilid 1 (Bahagian 2)
DPTKL2040 Jilid 1 (Bahagian 3)
DPTKL2040 Jilid 2

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 8 February 2025
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 145462
Skip to content