29 May 2024 04:12:45 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2023

Meriah! Itu yang boleh disimpulkan dengan program Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2023 (KLDC 2023) yang telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Program KLDC 2023 ini dianjurkan oleh DBKL sempena dengan sambutan Hari Raya Deepavali bertempat di Flag Pole, Dataran Merdeka. Program tahunan ini berkonsepkan rumah terbuka sama seperti rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.

Kesemua pengunjung yang hadir telah dipersembahkan dengan persembahan muzik, pelbagai makanan tradisi, dan persembahan kebudayaan seperti Tarian Bharatanatyam, Tarian Bollywood serta demonstrasi kesenian seperti Kolam, Henna, Beads dan pertunjukan seni mempertahankan diri masyarakat India iaitu Silambam.

Hadir bersama pada majlis ini ialah pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Dalaman DBKL, ketua penggiat industri pelancongan dan wakil NGO.

Buletin

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 29 May 2024
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 95860
Skip to content