29 May 2024 04:15:28 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Majlis Perasmian Hari Kesedaran Tenaga Lestari DBKL 2023 Dan Pelancaran Portal Hijau

Sebagai usaha untuk menyampaikan maklumat kepada warga kerja DBKL mengenai langkah-langkah penjimatan tenaga yang telah dijalankan khususnya di bangunan-bangunan DBKL, pada hari ini telah diadakan Hari Kesedaran Tenaga Lestari 2023.

Majlis Perasmian Hari Kesedaran Tenaga Lestari 2023 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL bertempat di Lobi Menara DBKL 1.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan Portal Hijau DBKL. Portal tersebut merupakan sebuah laman sesawang yang memaparkan inisiatif-inisiatif rendah karbon yang telah dilaksanakan oleh DBKL sejak perlaksanaan Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur menjelang tahun 2030.

Buletin

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 29 May 2024
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 95862
Skip to content