2 April 2025 03:47:32 AM

Kuala Lumpur Development Plan 2040

Kod Etika Sesi Pendengaran Pandangan Awam

Pemberi Pandangan

  • Kod Etika - 1

    Pemberi Pandangan perlu mendaftarkan kehadiran di kaunter pendaftaran, 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Jumlah ahli kumpulan yang akan menyertai sesi mendengar pandangan awam hendaklah dimaklumkan kepada urus setia melalui borang pengesahan kehadiran. Sekiranya pemberi pandangan tidak dapat hadir, wakilnya perlu membawa surat perwakilan kuasa dari pemberi pandangan dan terpulang kepada pengerusi panel PPPA sama ada surat berkenaan boleh diterima atau tidak.

  • Kod Etika - 2

    Pemberi Pandangan perlu menyerahkan bahan untuk pembentangan / edaran (sekiranya ada) kepada urus setia sebelum sesi dimulakan dalam bentuk salinan keras (15 salinan) dan salinan lembut. Peralatan yang disediakan adalah komputer dan perisian Microsoft Office (MS Word dan MS Powerpoint) dan LCD sahaja. Pembentangan oleh pemberi pandangan boleh dibuat dalam dua (2) bahasa sahaja iatu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

  • Kod Etika - 3

    Peruntukan masa bagi membentangkan pandangan secara lisan adalah selama 15 minit bagi individu dan 20 minit bagi kumpulan.

  • Kod Etika - 4

    Pemberi Pandangan perlu mengambil maklum bahawa sebarang kelewatan penggiliran mungkin berlaku jika Pemberi Pandangan terdahulu dibenarkan oleh Pengerusi PPPA untuk mengambil lebih masa di dalam pembentangannya.

  • Kod Etika - 5

    Pemberi pandangan perlu berpakaian sopan dan kemas semasa menghadiri Sesi PPPA.

  • Kod Etika - 6

    Pemberi Pandangan perlu menjaga tatasusila percakapan semasa memberi pembentangan kepada PPPA.

  • Kod Etika - 7

    Pemberi Pandangan perlu mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, mengamalkan jarak sosial selamat 1 meter (social distancing) dan digalakan untuk sentiasa memakai alat penutup hidung (face mask) sebagai langkah pencegahan COVID19.

  • Kod Etika - 8

    Penggunaan telefon bimbit, kamera dan sebarang alat rakaman semasa sesi bersidang adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kuala Lumpur City Hall

Contact us

Copyright © 2024 Kuala Lumpur City Hall – City Planning Department

Date of update : 2 April 2025
Total Number of Visitors : 154859
Skip to content