21 May 2025 08:18:22 PM
Edit Template

MAJLIS PELUNCURAN DRAF PTKL 2040

Majlis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 berlangsung dengan jayanya pada 30 Januari 2024 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (Draf PTKL2040) merupakan kerangka utama terhadap pelan pembangunan Kuala Lumpur yang disediakan bagi menterjemah visi serta matlamat yang digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) yang telah diwartakan pada 19 Oktober 2023.
Draf PTKL2040 ini secara khusus memberikan penekanan terhadap perancangan cadangan zon guna tanah dan intensiti pembangunan secara spesifik ke atas setiap lot tanah di Kuala Lumpur.



Kuala Lumpur City Hall

Contact us

Copyright © 2024 Kuala Lumpur City Hall – City Planning Department

Date of update : 21 May 2025
Total Number of Visitors : 158997
Skip to content