29 May 2024 05:16:33 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020

Hierarki

Pelan Pembangunan

Dimanakah hierarki PSKL dan PTKL dalam pelan pembangunan ?

Akta Perancangan Bandar 1976

(Akta 172)

Peringkat Nasional

Pelan Pembangunan :

Rancangan Fizikal Negara ke-3

Kandungan :

Dasar Perancangan Nasional

Liputan Kawasan :

Semenanjung Malaysia & Sabah

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

(Akta 267)

Peringkat Wilayah Persekutuan

Pelan Pembangunan :

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

Kandungan :

Dasar dan Strategi Perancangan dan Pembangunan Kuala Lumpur

Liputan Kawasan :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peringkat Tempatan

Pelan Pembangunan :

– Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020
– Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2015-2020

Kandungan :

Kawasan Perancangan

Liputan Kawasan :

Merangkumi Kawasan Zon Strategik di keseluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peringkat Kawasan Khas

Pelan Pembangunan :

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu

Kandungan :

Pelan Induk (Perancangan Lot Terperinci)

Liputan Kawasan :

Merangkumi Kawasan Zon Strategik seluruh Kuala Lumpur

Pelan Tempatan Mengikut Akta 267

Mengikut seksyen 13(1) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Jika pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan telah mula berkuat kuasa, Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menimbangkan, dan kemudian dari itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian atau bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan dan, jika difikirkannya perlu dan dia belum lagi berbuat demikian, hendaklah menyediakan draf pelan tempatan itu.

Di samping itu, terdapat beberapa seksyen lain di dalam Akta 267 yang berkaitan dengan proses yang terlibat dalam membentuk Pelan Tempatan iaitu:

  • Seksyen 16

    Penerimaan Dan Pewartaan Draf

  • Seksyen 17

    Perubahan, Pemansuhan Dan Penggantian Draf Pelan Tempatan

Pengalaman Penyediaan
Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020

Proses Pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020

  • Januari - Ogos 2013


    Penerimaan Menteri

    Datuk Bandar bersetuju dengan "Notis Pemberitahuan Penerimaan Draf PBRKL2020"
    Y.B Menteri memutuskan untuk menangguh perwartaan DPBRKL2020

  • September - November 2013


    Taklimat Pindaan DPBRKL2020

    Memberi taklimat DPBRKL2020 (pindaan) kepada wakil rakyat dan mendapatkan maklumbalas

  • April 2015


    Pindaan DPBRKL2020

    Pindaan dikemukakan kepada YB Menteri dengan ambilkira data pembangunan komited 2015
    YB Menteri memutuskan untuk menangguhkan perwartaan PBRKL2020

  • Mei 2018


    Rujukan Dalam DBKL

    DPBRKL2020 dicetak dan dijadikan sebagai rujukan dan kegunaan dalaman DBKL dalam proses penilaian perancangan

  • Jun 2018


    Mengemaskini Data Kelulusan Perancangan

    Mengemaskini secara berterusan data pembangunan komited berdasarkan kepada kelulusan perancangan

Tentang

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020)

Pemakaian PBRKL2020 telah berkuatkuasa dari tarikh pewartaannya pada 30hb Oktober 2018.

PBRKL2020 suatu pelan yang termaktub dari segi perundangan untuk dipakai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam mengawal pembangunan di Kuala Lumpur.

Hala Tuju Strategik dan Inisiatif memaparkan hala tuju strategik dan inisiatif ke arah mencapai wawasan menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya bertaraf dunia pada tahun 2020.

Pelan Kawalan Pembangunan Kuala Lumpur menterjemahkan hala tuju strategik dan inisiatif dalam Jilid 1.

Jilid 1 : Hala Tuju Strategik & Insentif

Jilid 1 PBRKL2020 menerangkan 8 Teras Pembangunan dalam mencapai wawasan menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya bertaraf dunia pada tahun 2020, iaitu :

1) Bandar Raya Perniagaan Bertaraf Dunia yang Dinamik

3
Hala Tuju Strategik

9
Inisiatif Utama

2) Perhubungan & Kemudahsampaian Bandar Raya

3
Hala Tuju Strategik

15
Inisiatif Utama

3) Guna Tanah Mampan

3
Hala Tuju Strategik

7
Inisiatif Utama

4) Persekitaran Kehidupan Bandar Raya

3
Hala Tuju Strategik

11
Inisiatif Utama

5) Melindungi dan Mempertingkatkan Alam Sekitar

3
Hala Tuju Strategik

7
Inisiatif Utama

6) Merpertingkatkan Lingkaran Hijau dan Koridor Biru

3
Hala Tuju Strategik

6
Inisiatif Utama

7) Imej dan Identiti Tersendiri

3
Hala Tuju Strategik

11
Inisiatif Utama

8) Infrastruktur Hijau

3
Hala Tuju Strategik

7
Inisiatif Utama

0

Hala Tuju Strategik

0

Inisiatif Utama

Jilid 2 : Kawalan Pembangunan

Jilid 2 PBRKL2020 mengandungi dua komponen yang menjadi asas untuk kawalan pembangunan di Kuala Lumpur. Dua komponen tersebut adalah:

2 peta digunakan untuk mengawal kegunaan dan intensiti pembangunan keseluruhan kawasan Kuala Lumpur ialah :

DCP 1 – Peta Zon Guna Tanah

Kawalan terhadap kegunaan tanah dan bangunan

DCP 2 – Peta Intensiti

Kawalan terhadap kepadatan dan nisbah plot maksimum

Perlu dibaca bersama Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan)
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2018

DCP 1 – Peta Zon Guna Tanah

Kawalan terhadap penggunaan setiap lot tanah

Guna Tanah Utama
Zon Guna Tanah
1. Perdagangan
1. Perdagangan Pusat Bandar
2. Perdagangan Utama
3. Perdagangan
4. Perdagangan Tempatan
2. Pembangunan Bercampur
5. Pembangunan Bercampur
6. Pembangunan Industri Bercampur
3. Kediaman
7. Kediaman 1
8. Kediaman 2
9. Kediaman 3
10. Perkampungan Tradisi
11. Perumahan Stabil
12. Perumahan Awam
4. Industri dan Industri Khas
13. Industri
14. Taman Teknologi
5. Institusi
15. Institusi
6. Kawasan Hijau
16. Kawasan Lapang Awam
17. Kawasan Lapang Swasta
18. Rizab Hutan
7. Lain-lain
19. Kemudahan Awam
20. Pengangkutan
21. Infrastruktur dan Utiliti
22. Perkuburan

DCP 2 – Peta Intensiti

2 Bentuk Kawalan Intensiti

Kawalan kepadatan bagi Zon Kediaman :

Zon Guna Tanah Perumahan
Kepadatan Maksimum Dibenarkan
Orang Seekar (ose)
Unit Seekar
R1
4
12
24
40
1
3
6
10
R2
48
80
120
12
20
30
R3
160
240
320
400
40
60
80
100
Kampung Tradisi
Tertakluk kepada garis panduan yang ditentukan dalam Pelan Panduan Pembangunan untuk setiap Kampung Tradisi
Perumahan Awam
400
100

Kawalan Nisbah Plot Maksimum Dibenarkan (Zon Perdagangan) :

Zon Guna Tanah
Singkatan
Nisbah Plot Maksimum Dibenarkan
Perdagangan Pusat Bandar Raya
CCC
Maksimum 1 : 10
Perdagangan Utama
MC
Maksimum 1 : 8
Perdagangan
C
Maksimum 1 : 9
Perdagangan Tempatan
LC
Maksimum 1 : 7
Pembangunan Bercampur
MX
Maksimum 1 : 10
Pembangunan Bercampur Industri
MXI
Maksimum 1 : 4
Perindustrian
IP
Maksimum 1 : 2
Taman Teknologi
TP
Maksimum 1 : 2
Institusi
INT
Maksimum 1 : 8

Pelan Lapisan Kawalan Perancangan

Selain daripada Pelan Kawalan Pembangunan (DCP 1 & 2), Pelan Lapisan Kawalan Perancangan juga
menjadi asas kawalan pembangunan di dalam PBRKL2020

Lapisan Kawalan Perancangan Koridor Tepian Sungai

Lapisan Kawalan Perancangan Had Ketinggian & Zon Perancangan Transit

Lapisan Kawalan Perancangan
Zon Warisan

Cara Pembacaan
Peta Zon Guna Tanah & Intensiti

Peta Zon Guna Tanah (DCP 1) dan Peta Intensiti (DCP 2) ini ditunjukkan secara grid berskala 1:5,000 dimana membolehkan ianya difokuskan untuk rujukan lebih mudah dan lebih jelas

Lapisan Kawalan Perancangan yang berikut di tandakan ke atas kedua-dua Peta Zon Guna Tanah dan Peta Intensiti:

  • Peta Zon Guna Tanah

    a) Koridor Tepian Sungai
    b) Zon Warisan
  • Peta Intensiti

    a) Kawalan Ketinggian
    b) Zon Perancangan Transit

Langkah panduan mudah untuk cara merujuk pelan bergrid-skala

Kaedah-Kaedah (Perancangan)
Wilayah Persekutuan
(Kelas Kegunaan Tanah Dan Bangunan)
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2018

Dibaca bersama Peta Zon Guna Tanah yang menetapkan aktiviti yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan

Terdapat 5 Kelas Utama yang diperincikan kepada 47 aktiviti

5 Kelas Kegunaan

  • Kelas A

    Aktiviti berbentuk kediaman, kuaters, hostel, rumah jagaan dan perniagaan dari rumah.

  • Kelas B

    Aktiviti berbentuk perniagaan dan pejabat.

  • Kelas C

    Aktiviti berbentuk perindustrian dan perkhidmatan.

  • Kelas D

    Aktiviti berbentuk kemudahan awam dan komuniti.

  • Kelas E

    Aktiviti berbentuk kemudahan pengangkutan dan utiliti.

Dokumen Digital PBRKL2020

PBRKL2020 - Jilid 1
PBRKL2020 - Jilid 2

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 29 May 2024
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 95890
Skip to content