29 May 2024 03:43:23 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Tentang Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Apa Itu Pelan Pembangunan ?

Pelan Pembangunan
Kuala Lumpur 2040

Pelan Pembangunan merupakan dokumen yang disediakan dalam memandu
hala tuju pembangunan Kuala Lumpur.

Tujuan

Berperanan dalam menentukan Dasar/ Polisi, Strategi serta Kawalan Pembangunan secara umum dan juga bagi setiap lot tanah di Kuala Lumpur.

Akta

Disediakan mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

Komponen

Dua Komponen utama Pelan Pembangunan adalah Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL).

Sejarah Pelan Pembangunan
Kuala Lumpur

Hierarki

Pelan Pembangunan

Dimanakah hierarki PSKL dan PTKL dalam pelan pembangunan ?

Akta Perancangan Bandar 1976

(Akta 172)

Peringkat Nasional

Pelan Pembangunan :

Rancangan Fizikal Negara ke-3

Kandungan :

Dasar Perancangan Nasional

Liputan Kawasan :

Semenanjung Malaysia & Sabah

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

(Akta 267)

Peringkat Wilayah Persekutuan

Pelan Pembangunan :

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

Kandungan :

Dasar dan Strategi Perancangan dan Pembangunan Kuala Lumpur

Liputan Kawasan :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peringkat Tempatan

Pelan Pembangunan :

– Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020
– Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2015-2020

Kandungan :

Kawasan Perancangan

Liputan Kawasan :

Merangkumi Kawasan Zon Strategik di keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peringkat Kawasan Khas

Pelan Pembangunan :

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu

Kandungan :

Pelan Induk (Perancangan Lot Terperinci)

Liputan Kawasan :

Merangkumi Kawasan Zon Strategik seluruh Kuala Lumpur

Peruntukan

Akta 267 Berkaitan Pelan Pembangunan

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) mentafsirkan penyediaan pelan pembangunan adalah seperti berikut:

“Pelan pembangunan”, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya :

dan, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya pelan pembangunan, sebagaimana yang ditakrifkan, bagi kawasan yang tanah atau bangunan itu terletak ;

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi mengawal selia dan mengatur perancangan yang teratur dalam Wilayah Persekutuan

Pelan Tempatan Mengikut Akta 267

Mengikut seksyen 13(1) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Jika pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan telah mula berkuat kuasa, Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menimbangkan, dan kemudian dari itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian atau bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan dan, jika difikirkannya perlu dan dia belum lagi berbuat demikian, hendaklah menyediakan draf pelan tempatan itu.

Di samping itu, terdapat beberapa seksyen lain di dalam Akta 267 yang berkaitan dengan proses yang terlibat dalam membentuk Pelan Tempatan iaitu:

  • Seksyen 16

    Penerimaan Dan Pewartaan Draf

  • Seksyen 17

    Perubahan, Pemansuhan Dan Penggantian Draf Pelan Tempatan

Perbezaan Umum

Pelan Struktur Kuala Lumpur
& Pelan Tempatan Kuala Lumpur

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Pelan Pembangunan 1

PELAN STRUKTUR

(Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020)

  • Satu “pelan strategik fizikal” bagi memandu arah pembangunan bagi sesuatu kawasan.
  • Pelan struktur merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi matlamat dan objektif am, dasar dan cadangan yang bersangkutan dengan pembangunan, guna tanah, perancangan sosial, ekonomi dan fizikal serta pengurusan lalu-lintas di dalam Kuala Lumpur.

FUNGSI PELAN STRUKTUR

Pelan Pembangunan 2

PELAN TEMPATAN

(Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020)

  • Menterjemahkan matlamat, strategi, dasar dan cadangan yang terdapat dalam pelan struktur yang berbentuk:
  1. Pelan kawalan pembangunan (Guna tanah masa hadapan dan intensiti);
  2. Cadangan terperinci pembangunan;
  3. Garis panduan khusus

FUNGSI PELAN TEMPATAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 29 May 2024
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 95830
Skip to content