27 July 2024 04:26:07 PM

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Pelan Struktur Kuala Lumpur

Tentang

Pelan Struktur
Kuala Lumpur 1984

Pada tahun 1974 sempadan pembandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan telah diperbesarkan dari 93km² menjadi 243 km². Perancangan dan kawalan pembangunan di Kuala Lumpur pada ketika itu dipandu oleh Pelan Pembangunan Lengkap yang terdiri daripada :

  • Pelan Pembangunan Lengkap 1039 (Kawasan Perdagangan Pusat)
  • Pelan Pembangunan Lengkap 1040 (Perkawasan Kepadatan)
  • Pelan pembangunan Lengkap 1041 (Perkawasan Gunatanah)


Walau bagaimanapun, peruntukan pelan-pelan ini terhad kepada keluasan sempadan asal Kuala Lumpur. Ketiadaan pelan pembangunan bagi kawasan di luar 93km² telah menyebabkan kawalan pembangunan dilaksanakan secara ad hoc.

Selain itu, perubahan keadaan sosioekonomi dan spatial yang pesat dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984) telah memberi kesan yang amat ketara kepada perancangan pembangunan di Kuala Lumpur. Faktor ini telah menyebabkan perlunya penyediaan pelan pembangunan yang baru.

Dalam menyediakan pelan pembangunan baharu bagi Kuala Lumpur, DBKL telah memutuskan untuk menggunakan sistem pelan pembangunan yang mempunyai2 peringkat iaitu pelan struktur dan pelan tempatan seperti yang diperkenalkan oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pelaksanaan pelan pembangunan ini memerlukan penggubalan satu undang-undang baharu.

Seterusnya, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta267) dikuatkuasakan. Akta ini adalah pada asasnya merupakan percantuman antara Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107) dan Akta 172. Pada keseluruhannya, ia mengekalkan rangka kerja pentadbiran seperti Akta 107 dan menggabungkan sistem pelan pembangunan seperti yang diperkenalkan dalam Akta 172.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 (PSKL1984) merupakan pelan struktur pertama telah digubal dan diwartakan berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta 267. Dengan Visi Bandar Raya yang Dinamik, Efisen dan Selesa, PSKL1984 disediakan oleh DBKL dalam melihat hala tuju pembangunan di masa hadapan bagi Kuala Lumpur sehingga tahun 2000.

Visi Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984

BANDAR RAYA YANG DINAMIK, EFISEN DAN SELESA

10 Matlamat Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984

  • Matlamat 1

    Menggalak Dan Mengatur Pembangunan Bagi Memudahkan Pencapaian Dasar Ekonomi Baru.

  • Matlamat 2

    Memelihara Dan Meningkatkan Peranan Kuala Lumpur Sebagai Pusat (Seat) Kerajaan Persekutuan.

  • Matlamat 3

    Memudahkan Penubuhan Kuala Lumpur Sebagaipusat Bagi Menggalakkan Perkembangan Ugama Serta Kebudayaan Negara Dan Juga Untuk Men-cerminkan Imej Malaysia Yang Dingini.

  • Matlamat 4

    Memelihara Dan Meningkatkan Peranan Kualalumpur Sebagai Pusat Perdagangan Dan Kewangan Negara Dan Menggalakkan Pembangunan Ke Arah Penubuhan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Bagi Kegiatan-kegiatan Serantau Dan Antarabangsa.

  • Matlamat 5

    Memelihara Dan Meninggikan Ekonomi Dan Memas-tikan Bahawa Penduduk-penduduk Yang Aktif Dari Segi Ekonomi Bagi Semua Kumpulan Masyarakat Di-beri Peluang Pekerjaan Yang Mendatangkan Hasil.

  • Matlamat 6

    Memudah Dan Menggalakkan Peruntukan Peru-mahan Yang Cukup Dengan Taraf Yang Dapat Diterima Bagi Semua Peringkat Pendapatan.

  • Matlamat 7

    Menyediakan Kemudahan-kemudahan Awam Yangmencukupi Bagi Kesejahteraan Sosial Dan Fisiologi Penduduk Bandaraya dengan Mengambilkira Perlu-nya Menyatupadukan Berbagai Golongan Masyarakat.

  • Matlamat 8

    Mencapai Suatu Struktur Dan Susunan Fizikal Yang Terbaik Bagi Kuala Lumpur Yang Disokong Oleh Sistem Pengangkutan Yang Efisien.

  • Matlamat 9

    Menjamin Taraf Alam Sekitar Sebaik Mungkin De.Ngan Memperbaiki Dan Memelihara Keseimbangan Yang Bijaksana Di Antara Pembangunan, Ekologi Dan Warisan Negara.

  • Matlamat 10

    Memastikan Bahawa Pembangunan Masa Hadapan,pembangunan Semula Dan Pertumbuhan Bandar Adalah Sesuai Dengan Perubahan Keadaan Dalam Jangka Panjang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 27 July 2024
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 113628
Skip to content