Tentang
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020) merupakan pelan struktur yang kedua bagi Kuala Lumpur. PSKL2020 diwartakan pada 4 November 2004 (P.U.(B). 423).
Penyediaan PSKL2020 dilaksanakan memandangkan sebahagian dasar PSKL1984 perlu disemak disebabkan trend globalisasi yang menjadikan ekonomi dunia semakin bersepadu, perkembangan teknologi maklumat (ICT) dan pelaksanaan Agenda 21 kearah pembangunan mampan. Selain daripada itu, pembangunan-pembangunan utama di luar Kuala Lumpur seperti pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya telah mempengaruhi pertumbuhan Kuala. Lumpur.
Wawasan Bandar Raya Bertaraf Dunia telah menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur selama hampir dua dekad yang lalu. Untuk mencapai wawasan tersebut, lima (5) matlamat telah dikenalpasti, iaitu:
PSKL2020 telah menetapkan 190 dasar untuk dilaksanakan. Pecahan dasar PSKL2020 adalah berdasarkan sektor perancangan seperti berikut:
Bagi membangunkan strategi ruang dengan lebih terperinci dan memberi tumpuan yang lebih, Bandar Raya Kuala Lumpur dibahagikan kepada 6 ZON STRATEGIK yang mempunyai sempadan sejajar dengan koridor jalan raya utama, rel dan sungai
Zon Strategik
PUSAT BANDAR RAYA (DAHULUNYA KPP)
WANGSA MAJU – MALURI
BUKIT JALIL – SEPUTEH
BANDAR TUN RAZAK – SUNGAI BESI
SENTUL – MENJALARA
DAMANSARA – PENCHALA
Bandar Raya Kuala Lumpur kini berjaya melonjakkan kedudukannya di mata dunia sebagai destinasi pelancongan teratas dunia, bandar raya yang mudah untuk menjalankan perniagaan, bandar raya kompetitif dan antara bandar raya terbaik sebagai tempat tinggal ekspatriat.