21 May 2025 01:06:01 AM
Edit Template

Perubahan Pelan Tempatan Kuala Lumpur

Perubahan Pelan Tempatan Kuala Lumpur

Perubahan Pelan Tempatan Mengikut Akta 267

Seksyen 17 – Mengikut Seksyen 17(1) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Datuk Bandar pada bila-bila masa boleh membuat cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan tempatan itu.

Sekiranya Datuk Bandar berpendapat sesuatu permohonan yang tidak selaras dengan pelan tempatan yang diwartakan itu mempunyai merit untuk dipertimbangkan atas sebab-sebab tertentu maka pelan tempatan perlu diubah terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan kelulusan permohonan kebenaran perancangan tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 17, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, Akta 267.

“Pelaksanaan perubahan pelan tempatan mempunyai proses yang sama dengan penyediaan pelan tempatan”

Keperluan Perubahan Pelan Tempatan

  • Menyelaraskan penetapan pelan tempatan mengikut suratan hakmilik tanah.

  • Pematuhan kepada dasar-dasar baharu kerajaan.

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah.

  • Menyelaraskan pembangunan dengan pembangunan sekitar dan tekanan pembangunan.

  • Mengambilkira cadangan pembangunan yang berimpak tinggi yang akan memberikan kesan signifikan terhadap impak ekonomi, sosial dan juga memberi nilai tambah kepada imej kawasan sekitar.

Dokumen Digital Laporan Perubahan

Laporan Perubahan 1 - PBRKL2020
Laporan Perubahan 2 - PBRKL2020
Laporan Perubahan 3 - Bahagian 1 - PBRKL2020
Laporan Perubahan 3 - Bahagian 2 - PBRKL2020
Laporan Perubahan 4 - Jilid 1 - PBRKL2020
Laporan Perubahan 4 - Jilid 2 - PBRKL2020

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 21 May 2025
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 158688
Skip to content