14 September 2025 02:40:54 AM
Edit Template

MAJLIS PELUNCURAN PTKL2040

Majlis Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) telah berlangsung pada 24 Jun 2025 di Institut Latihan DBKL (IDB DBKL), disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dengan kehadiran seramai 432 peserta terdiri daripada YB Menteri Wilayah, YB Menteri KPKT, Datuk Bandar Kuala Lumpur, pengurusan tertinggi JWP dan DBKL, wakil agensi dan jabatan berkaitan serta wakil penduduk.

PTKL2040 yang telah diwartakan pada 28 Mei 2025 dan berkuat kuasa mulai 11 Jun 2025 ini diterbitkan dalam dua jilid, yang menterjemah matlamat serta hala tuju strategik Pelan Struktur Kuala lumpur 2040 (PSKL2040) untuk pembangunan bandar Kuala Lumpur yang mampan dan berdaya huni serta merangkumi perancangan fizikal yang lebih terperinci, termasuk pelan spatial perancangan zon guna tanah, intensiti pembangunan dan kawalan perancangan.

Buletin

  • All Posts
  • Acara
  • Aktiviti
  • Mesyuarat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Jabatan Perancangan Bandaraya

Tarikh Kemaskini : 14 September 2025
Keseluruhan Jumlah Pelawat : 190990