Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 21 September 2023 telah mengadakan Seminar Tindakan Perubahan Iklim yang bertemakan bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk mengeksplorasi dan memperkukuhkan pengetahuan terhadap tindakan perubahan iklim agar dapat menyumbang kepada pembangunan sesebuah bandar yang pintar Iklim dan berdaya tahan.
Penganjuran seminar ini juga selaras dengan usaha DBKL dalam merealisasikan Dasar Perubahan Iklim Negara dan Polisi Global Rangka Kerja Sendai untuk Pengurusan Risiko Bencana 2015-2030 dalam menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim.
Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh. Seramai 360 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada sektor kerajaan, NGO, pemaju, pemain industri dan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia.